Sembilan watak-watak yang boleh dikawal dalam Final Fantasy VII adalah Cloud Strife, seorang tentera upahan yang merupakan protagonis utama judul ini dan mendakwa dirinya sebagai bekas ahli Kelas 1 kepada unit SOLDIER Shinra;[17] Aeris Gainsborough (dinamakan "Aerith" di dalam barang-barang promosi Jepun, diikuti dalam judul-judul Final Fantasy VII yang lain dan siri Kingdom Hearts), seorang penjual bunga yang tinggal di perkampungan setinggan di Midgar yang dikejar oleh agen-agen Shinra sejak dari kecil lagi;[18] Tifa Lockhart, seorang pengamal seni bela diri dan rakan sejak kecil kepada Cloud yang menaruh perasaan romantik terhadapnya; Barret Wallace, seorang ketua yang bersifat terburu-buru kepada kumpulan anti-Shinra eko-pengganas kedua bergelar AVALANCHE, yang memendam perasaan dendam terhadap korporasi tersebut selepas memusnahkan kampung halamannya serta menyebabkan kematian rakan-rakan dan keluarganya;[19] Red XIII, juga dikenali sebagai Nanaki, seekor makhluk berupa singa/anjing yang mampu bertutur yang dijadikan bahan kajian oleh saintis-saintis Shinra; Yuffie Kisaragi, seorang pencuri berpengalaman, juga merupakan seorang puteri muda Wutai, sebuah negeri berketurunan ninja yang dikalahkan Shinra di dalam sebuah peperangan beberapa tahun sebelum bermula kisah Final Fantasy VII;[20][21] Cid Highwind, seorang juruterbang yang bercita-cita untuk menjadi lelaki pertama di angkasa lepas telah kehilangan cita-citanya sama sekali apabila dia menghentikan lepasan roketnya untuk menyelamatkan nyawa salah seorang pembantunya, diikuti oleh penarikan semula pembiayaan Syarikat Shinra terhadap program angkasa tersebut;[22][23] Cait Sith, seekor kucing yang menilik nasib, menunggang sebuah anak patung moogle magik;[24] dan Vincent Valentine, seorang bekas ahli unit Turks Shinra yang telah dibunuh dan dihidupkan semula sebagai manusia yang kekal abadi menerusi satu pembinaan eksperimen anatomik semula.[25][26][27]
Tiap-tiap satu watak utama judul ini telah mempunyai suatu hubungan tersendiri terhadap Syarikat Shinra di masa silam mereka, dan seterusnya tidak menyenangi atau menyimpan perasaan benci terhadap korporasi serta aktiviti-aktivitinya. Walaupun antagonis untuk bahagian pertama judul ini merupakan eksekutif Shinra, seorang lelaki penuh misteri bernama Sephiroth — pada suatu masa dahulu dikenali sebagai ahli SOLDIER terulung — muncul kembali beberapa tahun selepas kehilangannya di dalam suatu pertarungan di mana dia dianggap telah terbunuh.[28][29] Dia kemudian didedahkan sebagai ancaman planet yang terbesar, mengakibatkan kedua-dua kumpulan iaitu AVALANCHE dan Syarikat Shinra untuk melindunginya, meskipun kaedah yang digunakan mereka berbeza sama sekali.[30]
Pereka watak judul ini, iaitu Tetsuya Nomura, meluahkan perasaannya dengan mengatakan bahawa Final Fantasy VII mempunyai bidang grafik yang terhad, dan dengan ini, lakaran rekaannya adalah terlalu ringkas berbanding "gaya" sebenarnya. Walaubagaimanapun, dia telah menemui beberapa kaedah lain untuk meluahkan ideanya. Rekaan asal watak Cloud mempunyai rambut berwarna hitam yang disikat kebelakang yang tidak bercacak, bertujuan untuk memberi kontras terhadap rambut Sephiroth yang panjang dan berwarna perak. Untuk memberi Cloud ciri-ciri yang unik di mana melaluinya peranannya sebagai watak utama permainan itu ditonjolkan, Nomura telah mengubah rekaan Cloud di mana dia mempunyai rambut bercacak (spiky) selain daripada berwarna perang. Bagi rekaan watak Tifa pula, Nomura mengakui masalah yang dihadapinya di mana dia tidak dapat memilih di antara pakaian yang sesuai baginya, di antara sebuah skirt mini ataupun seluar biasa. Menerusi input daripada ahli-ahli lain dalam kakitangan reka cipta permainannya, Nomura akhirnya bersetuju memberi Tifa sehelai skirt mini gelap, dengan kontras kepada baju Aeris yang berwarna merah jambu yang hampir mencecah tanah.
Perkembangan watak Vincent daripada seorang penyelidik mengerikan kepada seorang detektif, kemudian sebagai seorang ahli kimia, dan akhirnya sebagai seorang bekas ahli Turk dengan sejarah silam yang tragik. Ia telah dijelaskan bahawa mantel merah Vincent telah ditambah sebagai simbolik kepada beban yang dipikulnya yang dikaitkan dengan kematian. Nomura telah mengatakan bahawa gaya pertarungan Cid Highwind menyerupai seorang Dragon Knight, sebuah kelas atau jenis watak yang dipilih kerana nama akhirnya adalah serupa dengan kedua-dua Dragon Knight sebelumnya yang juga diperkenal di dalam siri Final Fantasy, iaitu Ricard Highwind daripada Final Fantasy II dan Kain Highwind daripada Final Fantasy IV.
Disebabkan populariti watak-watak Final Fantasy VII, sebilangan daripada mereka telah muncul sebagai watak kameo di dalam judul-judul Square Enix yang lain, yang paling menonjol merupakan judul berlawan Ehrgeiz dan sebuah lagi siri popular Square Enix yang seringkali memaparkan watak-watak Final Fantasy iaitu Kingdom Hearts. Sephiroth kekal sebagai salah satu daripada antagonis yang paing popular dalam dunia permainan video, yang diletakkan di kedudukan #1 oleh kakitangan Electronic Gaming Monthly di dalam senarai "Sepuluh Bos Permainan Video mereka pada bulan Oktober 2005.[31]
seri kata disediakan oleh kelvin julian brsama kawan-kawan nya.
Sunday, June 22, 2008
watak seluruh nya
Posted by wedges yummy at 7:38 PM 0 comments
watak perwatakan
lelaki berambut perang
Seorang lelaki berambut perang yang memakai bandana yang dilihat menunggang Shiva dalam bentuk motosikalnya dan bersenjatakan sepucuk pistol. Dia bertubuh tegap dan besar, mampu berlari sambil membawa dua orang bersamanya.[17] Dia diberikan nama gelaran "Mr 33c" oleh kakitangan Final Fantasy XIII disebabkan saiz kasutnya.[18] Dia pernah dijelaskan sebagai "ala-koboi", dan hubungannya dengan Lightning dikatakan sebagai "lain daripada yang lain".[19]
wanita berambut merah
Seorang wanita berambut coklat-kemerah-merahan yang telah disahkan kewarganegaraannya di Pulse. Menurut sumber-sumber, dia bersenjatakan sejenis busar. Di dalam video treler yang tidak dikeluarkan, dia telah menangkap satu cakera lalu menyeru Carbuncle.
Posted by wedges yummy at 7:16 PM 0 comments
seruan
Penyeruan juga kembali dalam Final Fantasy XIII. Makhluk seruan ditunjukkan sebagai makhluk separuh mekanikal, dan mereka mungkin sekali tidak terhad kepada pertarungan semata-mata, namun di luar pertarungan bersama para pemain. Shiva merupakan salah satu makhluk seruan yang akan kembali, dan dalam Final Fantasy XIII, dia berupa dua adik-beradik perempuan yang boleh bersatu menjadi sebuah motosikal, yang ditunggang lelaki berambut perang yang misteri itu. Makhluk seruan klasik seperti Ifrit, Siren dan Carbuncle juga dilihat dalam gambar-gambar, namun kemunculan mereka tidak semestinya "klasik" lagi. Para pencipta Final Fantasy XIII baru-baru ini telah menyatakan bahawa makhluk seruan akan muncul dalam "Bentuk Digital" meskipun gambaran sebenar kata-kata ini masih tidak diketahui.
Posted by wedges yummy at 7:13 PM 0 comments
sistem pertarungan
Konsep sistem pertarungan dalam Final Fantasy XIII ialah untuk mengekalkan permainan strategik dalam pertarungan berdasarkan arahan, sambil juga memastikan bahawa kepantasan dan keseronokan tidak terkecuali. Sistem ini muncul daripada keinginan untuk mencipta pertarungan-pertarungan yang dilihat dalam Final Fantasy XII, sambil menambah beberapa watak dalam adegan tersebut. Seperti Final Fantasy XII, pertarungan dalam Final Fantasy XIII adalah "pertarungan nyata" ataupun real time battle, tanpa pertarungan-pertarungan rawak.[6]
Active Time Battle kembali semula dalam Final Fantasy XIII namun berbeza sedikit berbanding dalam judul-judul Final Fantasy yang lain. Mengekalkan pertarungan berdasarkan arahan, para pemain memberi input mereka dengan membuat pilihan menerusi sebuah roda di bahagian bawah, sebelah kiri skrin mereka. Setiap arahan yang diberikan mempunyai kos ATB, yang akan menggunakan bar ATB. Arahan-arahan yang dipilih diletakkan di satu barisan di mana pilihan-pilihan yang akan datang diletakkan, di atas bar ATB itu sendiri. Apabila watak-watak berlawan, setiap arahan digunakan dalam setiap giliran, di mana arahan yang sedang digunakan diwarnakan kuning. Arahan-arahan ini boleh digabungkan untuk menjadi suatu kesan. Bahagian persekitaran juga memainkan peranan di mana pertarungan; sebagai contoh, Lightning pernah dilihat melontar seorang tentera ke satu cahaya, menghantar cas-cas elektrik ke badannya, lalu menggandakan kecederaannya.
Satu peta dilihat di bahagian atas, sebelah kiri skrin bertarung, di mana titik-titik biru mewakili rakan-rakan dan titik-titik merah mewakili musuh-musuh. Titik-titik yang mengeluarkan bulatan mewakili watak-watak yang sedang berada di bawah kesan pertarungan.
Di bahagian atas, sebelah kanan skrin menunjukkan sebuah satu tolok berbentuk bulat, mewakili mod Overclock. Apabila penuh, Overclocking membenarkan para pemain untuk menggunakan sejenis kesan melambatkan masa, seterusnya membekukan setiap satu objek di sekeliling para pemain kecuali watak yang dikawal pemain itu sendiri. Sebaik sahaja Overclock diaktifkan, satu nombor yang berkurangan dengan pantas akan muncul di dalam tolok itu, menunjukkan status tempoh Overclock boleh digunakan. Sistem ini mungkin sekali menggantikan sistem tradisional Limit Break yang digunakan dalam judul-judul Final Fantasy yang terdahulu.[7]
Posted by wedges yummy at 7:10 PM 0 comments

