Sembilan watak-watak yang boleh dikawal dalam Final Fantasy VII adalah Cloud Strife, seorang tentera upahan yang merupakan protagonis utama judul ini dan mendakwa dirinya sebagai bekas ahli Kelas 1 kepada unit SOLDIER Shinra;[17] Aeris Gainsborough (dinamakan "Aerith" di dalam barang-barang promosi Jepun, diikuti dalam judul-judul Final Fantasy VII yang lain dan siri Kingdom Hearts), seorang penjual bunga yang tinggal di perkampungan setinggan di Midgar yang dikejar oleh agen-agen Shinra sejak dari kecil lagi;[18] Tifa Lockhart, seorang pengamal seni bela diri dan rakan sejak kecil kepada Cloud yang menaruh perasaan romantik terhadapnya; Barret Wallace, seorang ketua yang bersifat terburu-buru kepada kumpulan anti-Shinra eko-pengganas kedua bergelar AVALANCHE, yang memendam perasaan dendam terhadap korporasi tersebut selepas memusnahkan kampung halamannya serta menyebabkan kematian rakan-rakan dan keluarganya;[19] Red XIII, juga dikenali sebagai Nanaki, seekor makhluk berupa singa/anjing yang mampu bertutur yang dijadikan bahan kajian oleh saintis-saintis Shinra; Yuffie Kisaragi, seorang pencuri berpengalaman, juga merupakan seorang puteri muda Wutai, sebuah negeri berketurunan ninja yang dikalahkan Shinra di dalam sebuah peperangan beberapa tahun sebelum bermula kisah Final Fantasy VII;[20][21] Cid Highwind, seorang juruterbang yang bercita-cita untuk menjadi lelaki pertama di angkasa lepas telah kehilangan cita-citanya sama sekali apabila dia menghentikan lepasan roketnya untuk menyelamatkan nyawa salah seorang pembantunya, diikuti oleh penarikan semula pembiayaan Syarikat Shinra terhadap program angkasa tersebut;[22][23] Cait Sith, seekor kucing yang menilik nasib, menunggang sebuah anak patung moogle magik;[24] dan Vincent Valentine, seorang bekas ahli unit Turks Shinra yang telah dibunuh dan dihidupkan semula sebagai manusia yang kekal abadi menerusi satu pembinaan eksperimen anatomik semula.[25][26][27]
Tiap-tiap satu watak utama judul ini telah mempunyai suatu hubungan tersendiri terhadap Syarikat Shinra di masa silam mereka, dan seterusnya tidak menyenangi atau menyimpan perasaan benci terhadap korporasi serta aktiviti-aktivitinya. Walaupun antagonis untuk bahagian pertama judul ini merupakan eksekutif Shinra, seorang lelaki penuh misteri bernama Sephiroth — pada suatu masa dahulu dikenali sebagai ahli SOLDIER terulung — muncul kembali beberapa tahun selepas kehilangannya di dalam suatu pertarungan di mana dia dianggap telah terbunuh.[28][29] Dia kemudian didedahkan sebagai ancaman planet yang terbesar, mengakibatkan kedua-dua kumpulan iaitu AVALANCHE dan Syarikat Shinra untuk melindunginya, meskipun kaedah yang digunakan mereka berbeza sama sekali.[30]
Pereka watak judul ini, iaitu Tetsuya Nomura, meluahkan perasaannya dengan mengatakan bahawa Final Fantasy VII mempunyai bidang grafik yang terhad, dan dengan ini, lakaran rekaannya adalah terlalu ringkas berbanding "gaya" sebenarnya. Walaubagaimanapun, dia telah menemui beberapa kaedah lain untuk meluahkan ideanya. Rekaan asal watak Cloud mempunyai rambut berwarna hitam yang disikat kebelakang yang tidak bercacak, bertujuan untuk memberi kontras terhadap rambut Sephiroth yang panjang dan berwarna perak. Untuk memberi Cloud ciri-ciri yang unik di mana melaluinya peranannya sebagai watak utama permainan itu ditonjolkan, Nomura telah mengubah rekaan Cloud di mana dia mempunyai rambut bercacak (spiky) selain daripada berwarna perang. Bagi rekaan watak Tifa pula, Nomura mengakui masalah yang dihadapinya di mana dia tidak dapat memilih di antara pakaian yang sesuai baginya, di antara sebuah skirt mini ataupun seluar biasa. Menerusi input daripada ahli-ahli lain dalam kakitangan reka cipta permainannya, Nomura akhirnya bersetuju memberi Tifa sehelai skirt mini gelap, dengan kontras kepada baju Aeris yang berwarna merah jambu yang hampir mencecah tanah.
Perkembangan watak Vincent daripada seorang penyelidik mengerikan kepada seorang detektif, kemudian sebagai seorang ahli kimia, dan akhirnya sebagai seorang bekas ahli Turk dengan sejarah silam yang tragik. Ia telah dijelaskan bahawa mantel merah Vincent telah ditambah sebagai simbolik kepada beban yang dipikulnya yang dikaitkan dengan kematian. Nomura telah mengatakan bahawa gaya pertarungan Cid Highwind menyerupai seorang Dragon Knight, sebuah kelas atau jenis watak yang dipilih kerana nama akhirnya adalah serupa dengan kedua-dua Dragon Knight sebelumnya yang juga diperkenal di dalam siri Final Fantasy, iaitu Ricard Highwind daripada Final Fantasy II dan Kain Highwind daripada Final Fantasy IV.
Disebabkan populariti watak-watak Final Fantasy VII, sebilangan daripada mereka telah muncul sebagai watak kameo di dalam judul-judul Square Enix yang lain, yang paling menonjol merupakan judul berlawan Ehrgeiz dan sebuah lagi siri popular Square Enix yang seringkali memaparkan watak-watak Final Fantasy iaitu Kingdom Hearts. Sephiroth kekal sebagai salah satu daripada antagonis yang paing popular dalam dunia permainan video, yang diletakkan di kedudukan #1 oleh kakitangan Electronic Gaming Monthly di dalam senarai "Sepuluh Bos Permainan Video mereka pada bulan Oktober 2005.[31]
seri kata disediakan oleh kelvin julian brsama kawan-kawan nya.
Sunday, June 22, 2008
watak seluruh nya
Posted by wedges yummy at 7:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment