CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 22, 2008

sistem pertarungan

Konsep sistem pertarungan dalam Final Fantasy XIII ialah untuk mengekalkan permainan strategik dalam pertarungan berdasarkan arahan, sambil juga memastikan bahawa kepantasan dan keseronokan tidak terkecuali. Sistem ini muncul daripada keinginan untuk mencipta pertarungan-pertarungan yang dilihat dalam Final Fantasy XII, sambil menambah beberapa watak dalam adegan tersebut. Seperti Final Fantasy XII, pertarungan dalam Final Fantasy XIII adalah "pertarungan nyata" ataupun real time battle, tanpa pertarungan-pertarungan rawak.[6]
Active Time Battle kembali semula dalam Final Fantasy XIII namun berbeza sedikit berbanding dalam judul-judul Final Fantasy yang lain. Mengekalkan pertarungan berdasarkan arahan, para pemain memberi input mereka dengan membuat pilihan menerusi sebuah roda di bahagian bawah, sebelah kiri skrin mereka. Setiap arahan yang diberikan mempunyai kos ATB, yang akan menggunakan bar ATB. Arahan-arahan yang dipilih diletakkan di satu barisan di mana pilihan-pilihan yang akan datang diletakkan, di atas bar ATB itu sendiri. Apabila watak-watak berlawan, setiap arahan digunakan dalam setiap giliran, di mana arahan yang sedang digunakan diwarnakan kuning. Arahan-arahan ini boleh digabungkan untuk menjadi suatu kesan. Bahagian persekitaran juga memainkan peranan di mana pertarungan; sebagai contoh, Lightning pernah dilihat melontar seorang tentera ke satu cahaya, menghantar cas-cas elektrik ke badannya, lalu menggandakan kecederaannya.
Satu peta dilihat di bahagian atas, sebelah kiri skrin bertarung, di mana titik-titik biru mewakili rakan-rakan dan titik-titik merah mewakili musuh-musuh. Titik-titik yang mengeluarkan bulatan mewakili watak-watak yang sedang berada di bawah kesan pertarungan.
Di bahagian atas, sebelah kanan skrin menunjukkan sebuah satu tolok berbentuk bulat, mewakili mod Overclock. Apabila penuh, Overclocking membenarkan para pemain untuk menggunakan sejenis kesan melambatkan masa, seterusnya membekukan setiap satu objek di sekeliling para pemain kecuali watak yang dikawal pemain itu sendiri. Sebaik sahaja Overclock diaktifkan, satu nombor yang berkurangan dengan pantas akan muncul di dalam tolok itu, menunjukkan status tempoh Overclock boleh digunakan. Sistem ini mungkin sekali menggantikan sistem tradisional Limit Break yang digunakan dalam judul-judul Final Fantasy yang terdahulu.[7]

0 comments: