Final Fantasy VII (ファイナルファンタジーVII Fainaru Fantajī Sebun?) adalah sebuah permainan video berperanan yang dikeluarkan oleh Square Co., Ltd. (sekarang Square Enix) pada tahun 1997 dan disutradari oleh Yoshinori Kitase. Judul ini merupakan judul permainan video pertama dalam siri Final Fantasy yang dikeluarkan untuk konsol permainan video Sony PlayStation, selain daripada menjadi judul pertama dalam siri ini yang dialihkan ke PC berasaskan Microsoft Windows, juga merupakan judul pertama sejak Final Fantasy NES yang dirilis dengan judul yang sama untuk Jepun dan Amerika Utara. Selain itu, judul ini juga merupakan Final Fantasy pertama yang menggunakan CGI, dengan watak-watak yang dirender penuh dan latar belakang yang diprarender.
Kisah Final Fantasy VII bertumpu kepada sekumpulan pemberontak yang berjuang melawan perusahaan besar yang bernama "Shinra", yang mengambil Lifestream, energi hidup planet untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Seiring dengan berjalannya cerita, konflik-konflik bermunculan dan misi bergeser menjadi penyelamat dunia dari ancaman Sephiroth, sang pewaris Jenova.
Sebuah kejayaan keiklanan, permainan ini tetap menjadi yang paling terkenal dalam siri Final Fantasy,[3][4] dan sering dicantumkan sebagai permainan RPG yang maju bukan sekadar di Jepun.[3] Kemasyhuran judul ini menarik Square Enix untuk menghasilkan siri sekuel serta prekuelnya pada awal-pertengahan tahun 2000 di bawah judul pengumpulan "Kompilasi Final Fantasy VII". Pada bulan Mac 2006, unit jualan Final Fantasy VII telah mencapai lebih daripada 9,72 juta buah di seluruh dunia, angka penjualan terbaik dalam sejarah francais Final Fantasy.[5]
Seperti judul-judul Final Fantasy yang lain, Final Fantasy VII terdiri daripada tiga buah bentuk permainan: peta dunia, peta lapangan pekan dan skrin bertarung. Peta dunia merupakan model 3D, mempamerkan sebuah versi dunia fiksyen berskala kecil ringkas,[6] yang dilalui para pemain di antara lokasi-lokasi permainan ini. Final Fantasy VII merupakan judul yang pertama di dalam sirinya yang mempunyai watak-watak dengan model poligon-poligon rekaan penuh, dan bukan seperti sprite grafik komputer rata dua dimensi. Seperti judul-judul sebelumnya, peta dunianya boleh dijejak melalui perjalanan kaki, kenderaan seperti Chocobo ataupun kapal udara, kapal selam, dan lain-lain. Pada peta-peta lapangan pula, watak-watak 3D yang boleh dikawal diarahkan menerusi latar belakang berskala kecil yang realistik, yang terdiri daripada grafik 2D yang mewakili lokasi-lokasi seperti pekan atau hutan. Skrin bertarung pula merupakan tapak yang mewakili sesuatu kawasan 3D seperti di dalam bangunan ataupun kawasan berumput, di mana para pemain mengarahkan watak-watak kawalan mereka di dalam pertarungan terhadap musuh-musuh kawalan CPU menerusi sebuah antara muka berupa sebuah menu.[7] Walaupun watak-watak kawalan para pemain dikecilkan di dalam peta-peta, saiz mereka direka lebih realistik dan besar di dalam skrin-skrin pertarungan

Pada tahap awal, para pemain tidak boleh meninggalkan satu-satunya bandar yang boleh dilihat pada masa itu, iaitu Midgar, namun selepas babak-babak seterusnya berlalu, beberapa bandar baru akan dibuka, memberikan lebih kebebasan kepada para pemain untuk mengembara. Pergerakan di dalam permainan Final Fantasy VII adalah ditentukan oleh babak-babak berskrip, justeru adegan-adegan ini tidak boleh diabaikan, dan memerlukan interaksi penuh oleh para pemain sepanjang masa untuk meneruskan permainan. Pada masa yang lain, babak-babak filem akan menggerakkan ceritanya.

0 comments:
Post a Comment